Tuesday 21 February 2012

LANGKAH TANGANI MASALAH ISU MENGODAM LAMAN WEB

PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT (SKK 1113)

NAMA-NAMA PELAJAR DALAM KUMPULAN:

NURUL SYAFIQAH BINTI BAHZAN
NUR FAEZAH BINTI NORDIN
NOR DIANA BINTI SHAHRUDIN  

DIKEMUKAKAN KEPADA:

PUAN EMI SUZIRA BINTI ZAINUDDIN



MASALAH ISU MENGGODAM LAMAN WEB SEMAKIN BERLELUASA PADA ABAD INI

MENGAPA ISU INI BERLELUASA

  • Jenayah Siber. Mengapa sukar dibendung
  • Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.
  • Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.
  • Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai
  • Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, majalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.
Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.




LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Cyberscurity perlu diberi kuasa lebih luas daripada segi perundangan bagi membolehkan entiti berkenaan mengambil tindakan lebih tegas dan pantas terhadap kegiatan penggodaman laman-laman web, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.
  • Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, prasarana yang wujud ketika ini tidak mencukupi bagi membolehkan tindakan tegas dan pantas diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kegiatan penggodaman.
  • Pemantau keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia menasihatkan semua pengendali laman web milik organisasi dan kerajaan supaya mengambil langkah proaktif dalam melindungi laman web mereka berikutan serangan penggodam yang dijangka memakan tempoh masa beberapa hari. Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri berkata, pihaknya menyediakan tip dan amalan-amalan .
  • Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah di negara membangun dan juga di kebanyakan negara maju. Dengan perkembangan Internet, timbullah tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia atau tidak.
  • Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.
  • Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini.
  • Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif. Negara-negara seperti Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini.
  • Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang mungkin merosakkan fikiran orang awam.
  • Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Namun demikian jika adapun penyebar maklumat palsu ataupun pihak pembangkang sesuatu kerajaan menggunakan Internet untuk menyebarkan ideologinya, ia bukannya satu ancaman serius. Pihak kerajaan masih ada cara lain untuk mengatasinya contohnya adalah dengan cara meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat dan menyebarkan berita yang benar di media cetak atau TV. Dengan cara ini orang ramai akan dapat mempertimbangkan kebenaran.

Saturday 31 December 2011

new year :)




haha .. starting yang best .. kebetulan new year 2012 ! tapi tak ade ape pun yang specialnye ..azam tahun baru ?? hmm tak mau a story kat sini .. tepu gilak duduk dorm bertiga je dengan ummi aida dan eika tiffany .. haihh --' .. da laa mood hari ni nak marah marah je .. angin tak tentu .. biasalah perempuan kalau daa macam ni alamat bendera merah akan naik laa oiii !! adu menyiksakan kau tahu takk ! tetibe rindu pulak dekat sayang aku ni .. kesian dy demam .. da 6 hari da .. risau pulak dibuatnyee .. huu .. ngantok laa pulakk .. esok mesti bangun lambat punye laa ..grr ..